Thursday 10 May 2012

CIRI-CIRI WANITA HANTARAN RM30 RIBU



Jika mahu diri dinilai dengan mahar tinggi, maka lengkapkan diri dulu dengan perkara-perkara berikut. Andai ada ciri-ciri yang akan disenaraikan ini, maka tidak salah ibu bapa mahu anak mereka dikenakan mahar mahupun nilai hantaran perkahwinan sehingga RM30,000.

Ciri-ciri yang diminta adalah:
  • Hafal 30 juzuk Al Quran.
  • Dapat dan tahu mengenai Hadis Sahih.
  • Menjadikan sunnah Rasulullah sebagai amalan harian.
  • Boleh memasak makanan sedap.
  • Dijamin mendapat zuriat yang baik.
  • Dijamin menjadi isteri solehah.
  • Dijamin dapat mendidik anak menjadi anak yang taat pada agama.
  • Sentiasa takwa kepada perintah Allah Taala.
  • Diri bersih dari penyakit.

.... ini adalah sebahagian mungkin yang boleh dikatakan sebagai alasan terbaik untuk mengenakan hantaran kahwin sampai puluh-puluh ribu. Jadi, fikirkan balik .... dan cuba lihat hadith ini:

"Ciri2 wanita yg mendapat kurnia ialah yg mudah dipinang, mudah (murah) maharnya, dan subur rahimnya." (H.R Ahmad)

2 comments:

  1. As-Salam.
    HH ada entri yang serupa tetapi mungkin nilai hantarannya bawah sedikit ...:)

    seribusatuadamhawa.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. hehe...baru nak belajar ni tuan HH... Thanks tuan HH...

    ReplyDelete