Saturday 12 May 2012

WAJAH 11 PRAMUGARI SUKHOI SUPERJET 100 SEBELUM TERHEMPAS

Inilah wajah-wajah riang 11 pramugari rakyat Indonesia yang terpilih dalam penerbangan sulong pesawat Sukhoi Superjet 100 sebelum pesawat milik Rusia itu terhempas di kaki Gunung Salak, Bogor, Jawa Barat dua hari lepas.

Mereka bergambar riang berlatarbelakangkan pesawat Sukhoi tersebut beberapa jam sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Halim Kesuma, Jakarta kerana merasakan merekalah yang paling bertuah kerana terpilih sebagai pembantu dalam penerbangan tersebut tanpa menyedari bahawa itulah juga penerbangan terakhir mereka.

Kesemua 11 pramugari tersebut dilaporkan terkorban dalam nahas tersebut. Mereka ialah Ade Arisanty, Rossy Witham, Nur Limawati, Susana Pamella Rompas, Dewi Mutiara Intan Permata, Maria Marcella Dayu Larita, Heni Steffany, Aditya Recodianty, Rahmani Susanti, Anggraini Fitria Swesty S, dan Maysaroh.

Bagi yang beragama Islam, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan kepada yang bukan Islam, semoga bersemadi dengan aman.


Dua pramugari Sukhoi bergambar bersama juruterbang Alexander Yablontsev (kiri) dan pembantu juruterbang,  Alexander Kochetkov sebelum penerbangan sulung pesawat itu, di Jakarta 9 Mei.

Seramai 11 daripada 14 pramugari yang terpilih dalam penerbangan sulung Sukhoi ini dilaporkan turut terkorban dalam nahas di kaki Gunung Salak, Bogor.

Mereka juga terkorban?

Wajah-wajah terakhir para pramugari Sukhoi sebelum mereka dilaporkan terbunuh dalam nahas di kaki Gunung Salak, Bogor

No comments:

Post a Comment