Wednesday 6 June 2012

NOKIA LUMIA 900 VS iPHONE 4S


nokia vs iphone Nokia Lumia 900 VS iPhone 4S

Nokia Lumia 900 VS iPhone 4S

Isu teknologi pada hari ini berkisar mengenai perbandingan telefon pintar. Mungkin sebelum ini anda semua sudah membaca perbandingan mengenai Blackberry VS iPhone dan beberapa lagi post yang berkaitan, pada kali ini kami di Azri.My akan berkongsi perbandingan antara Nokia Lumia 900 VS iPhone 4S.
Pelancaran Nokia Lumia 900 pada acara CES awal tahun ini mendapat perhatian peminat gadjet dan smartphone diseluruh dunia apabila telefon pintar terbaru milik Nokia ini tidak lagi menggunakan khidmat Symbian untuk sistem operasinya sebaliknya berkolaborasi dengan Windows untuk tujuan tersebut. Dengan design yang sangat menarik, Nokia Lumia 900 bakal menjadi penanda aras baru buat syarikat Nokia yang dilihat semakin hilang penguasaan dalam industri ini.
Berbeza pula dengan iPhone 4S. Telefon pintar keluaran syarikat Apple sememangnya mempunyai kelebihan terutamanya dengan jenama syarikat tersebut yang sudah cukup kukuh dan popular. Kemajuan teknologi iPhone juga diiktiraf melalui beberapa produk mereka sebelum ini. iPhone 4S menjadi topik hangat selepas kematian Steve Jobs, co-founder Apple sekaligus melonjakkan jumlah jualan dan permintaan terhadap smartphone tersebut.

Infografik: Nokia Lumia 900 VS iPhone 4S

Nokia Lumia 900 VS iPhone 4S dipaparkan dalam bentuk infografik yang lebih menarik dan mudah untuk difahami  berbanding postingan secara penulisan yang panjang seperti karangan esei SPM. Jadi tanpa berlengah lagi, mari kita sama-sama melihat beberapa perbandingan antara telefon pintar Nokia Lumia 900 dan juga iPhone 4S.
Lumia 900 vs iPhone 4S Nokia Lumia 900 VS iPhone 4S

Nokia Lumia 900 VS iPhone 4S

No comments:

Post a Comment