Friday 19 October 2012

Anda Benci AES? (Boleh Pasang AES Detector)


Siapa benci AES boleh pasang AES Detector! F.O.C...

Wakil rakyat atau rakan-rakan blogger tak usahlah marah-marah kat Menteri Pengangkutan, tak perlu maki hamun Ketua Pengarah JPJ atau nak ugut kerajaan konon akan kalah pada PRU-13 hanya kerana kerajaan melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi mengurangkan kemalangan jalan raya.

Kalau korang rasa nyawa korang banyak (dan nyawa anak bini atau pemandu lain pun banyak) atau rasa kepala keras macam semen konkrit dan badan elastik macam Plastikman, korang boleh pandu laju kat jalan raya, lebuh raya atau balai raya sekali pun, korang boleh lakukannya. Jangan takut kena tembak dik kamera AES dan berdepan dengan saman. Sebabnya kini ada alat pengesan kamera AES yang dipanggil "AES Detector" yang boleh dimuatkan pada handphone korang dan aplikasi ini boleh mengesan kedudukan kamera AES dari jarak 500 meter serta ia tidak boleh dikesan oleh AES atau pihak polis.

Aik? Macam mana boleh ada pulak aplikasi AES Detector ini? Korang tak usah hairan dan usah rasa ajaib. Sebabnya seperti Menteri Pengangkutan kata, sistem AES dah diuji selama 10 tahun di luar negara - AS, Australia, Singapore dan ternyata ia berkesan mengurangkan kadar kemalangan di negara yang menggunakannya.

Dah kalau AES diuji, sudah pasti pada masa yang sama adalah mereka yang otak genius ini akan buat alat untuk mengesannya juga. Alaa... macam cerita Cicakman la...Dia yang cipta virus, dia juga yang cipta antidotnya. Tapi syarikat buat AES cuma buat sistem AES saja, depa tak buat alat pengesan AES. Yang buat alat pengesan tu orang lain...

Marah-marah tak guna. Siapa yang nak memecut di jalan raya atas alasan kerana sakit perut nak berak, sebab bini nak beranak, sebab jalan sunyi tak ada orang (takut hantu melintas) dan macam-macam sebab dan alasan hanya nak bawak kereta melebihi had laju, pergilah download aplikasi AES Detector ini. Free saja.

No comments:

Post a Comment