Thursday 19 July 2012

PELANCARAN PERISIAN MICROSOFT OFFICE 2013

Microsoft Corp. melancarkan perisian Office baru yang lebih canggih dengan perubahan besar kepada beberapa fungsi Words, Onenote, Excel dan PowerPoint.Semua perubahan ini sudah tentunya disasarkan kepada pengguna biasa dan perniagaan.
    Di kalangan mereka ada yang memberi anggapan,perisian Office baru ini sebagai produk paling inovatif pernah dilancarkan Microsoft. Office baru ini telah dilancarkan di San Francisco, Amerika Syarikat dan dinamakan sebagai "Office 2013".
    Office 2013 mempunyai perubahan besar-besaran daripada aspek rekaan yang lebih intuitif agar dapat beroperasi dengan baik dalam pelbagai penggunaan seperti sentuhan pada tablet,pen stylus, menggunakan tetikus atau papan kekunci yang bersaskan peranti Windows.
    Di antara ciri baru Office 2013 ini termasuklah cara membaca dokumen dalam Words, fungsi OneNote, yang lebih baik, fungsi mesyuarat termasuk perkongsian serta suntingan dokumen dan komunikasi perkhidmatan cloud lebih bersepadu.
   

No comments:

Post a Comment